Wednesday, 12 September 2012

Latihan Fartlek


KAEDAH LATIHAN DAN KECERGASAN FIZIKAL
PISMPPJ SEMESTER SATU 2009

LATIHAN FARTLEK

Latihan Fartlek adalah berasal  dari negeri  Sweden. Latihan ini dirancanmg bertujuan untuk membina daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki. Latihan ini juga bermaksud sebagai speed play di mana ianya melibatkan larian yang laju diselangi dengan larian perlahan di atas permukaan tanah semulajadi. Di dalam menjalankan larian, individu akan menentukan kelajuan mengikut keadaan dan kemampuan diri sendiri.

Objektif

a.                   Membina keupayaan aerobik dan anaerobik
b.                  Meningkatkan kepantasan
c.                   Meningkatkan daya tahan kepantasan

Sistem Tenaga

1.        ATP-PC
2.        Laktik Asid
3.        Sistem Aerobik

Kekerapan Latihan: 
 
                  Seminggu 2 kali sepanjang sesi latihan kitaran mikro.

Rasional/ Pemilihan latihan ini

a.                   Meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan atlet
b.                  Dapat membina sistem aerobik dan anaerobik
c.                   Mengurangkan rasa jemu iaitu dengan menggunakan lokasi latihan yang berbeza  dan berdasarkan kemampuan individu.
d.                  Melambatkan proses keleseuan.
e.                   Dapat menyesuaikan diri dalam bentuk-bentuk kemahiran yang lain, apabila latihan itu dijalankan.
f.                   Mendedahkan elemen kepantasan dalam latihan memandangkan acara yang ditumpukan ialah 110 meter lari berpagar.

Aktiviti-aktiviti Fartlek yang disyorkan

a.             Berlari perlahan-lahan
b.            Lari bergradien ( naik bukit dan turun bukit )
c.             Striding
d.            Lari pecut
e.             Berjalan
f.             Bounding

Prinsip Latihan Fartlek

1.         Satu corak latihan bebas di mana jarak dan masa tidak dipentingkan dan atlet 
bebas menentukan jarak dan kadar kederasan larian sendiri.
2.         Peningkatan latihan dilakukan secara ansur maju
3.         Kadar intensiti meningkat secara progresif
4.         Masa rehat antara larian dipenuhi dengan rehat secara aktif seperti berjalan atau
Jog perlahan dan tidak menunggu sehingga pulih sepenuhnya sebelum melakukan
larian seterusnya.

No comments:

Post a Comment