Bahasa telah didefinasikan oleh Wilhelm Von Humboldt yang merupakan seorang ahli psikologi berbangsa Jerman sebagai satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh lautform yakni bentuk luaran dan fikiran yang dibentuk oleh idenform yakni bentuk dalaman. Sementara itu, John B. Carol melihat bahasa dari sudut linguistik.
Menurut beliau, bahasa adalah sistem berstruktur daripada bunyi-bunyi vokal dan urutan bunyi-bunyi yang dipakai sewenang-wenangnya atau digunakan untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. Menurut Chomsky lagi, bahasa adalah sejumlah kalimat yang terbatas. Setiap kalimat tadi mempunyai panjang yang terbatas dan terdiri daripada unsur-unsur yang terbatas pula jumlahnya.
PERINGKAT KANAK-KANAK
Mengikut Naapie Mat (1992), kanak-kanak di peringkat awal usianya memperoleh bahasa ibundanya dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Pada mulanya bayi memperoleh bahasa melalui tangisan dan sebutan yang ringkas seperti ‘ma’, ‘da’, ‘bah’, ‘pa’, dan sebagainya.
PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK (2-6 TAHUN)
Menurut Vygotsky, pada umur 2 tahun, ayat yang dituturkan hanya terdiri daripada dua perkataan sahaja. Ini akan berlipat ganda sebanyak dua kali ketika mencapai umur 3 tahun. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas pula boleh dikatakan sudah berupaya menyusun suku kata yang ringkas iaitu berdasarkan keperluan diri mereka atau yang biasa didengar.
Selepas itu, perkembangan bahasa kanak-kanak akan bertambah baik apabila mereka banyak melibatkan diri dengan rakan sebaya dan memberi perhatian yang serius kepada orang yang sedang bercakap seperti ibu bapa mereka, guru, adik beradik dan sebagainya.
Menurut Brown & Chapman (1981), semasa kanak-kanak berusia 4 tahun perbendaharaan kata semakin meningkat iaitu lebih daripada 1000 perkataan. Kanak-kanak yang menduduki kelas tadika biasanya berupaya mendengar dengan teliti apa yang diajar oleh guru dan boleh menceritakan semula jika disuruh.
Menurut Garney (1975), kanak-kanak yang berusia 5 hingaa 6 tahun, sudah boleh menyusun kata-kata dengan betul apabila bersama-sama dengan kumpulan rakan sebayanya. Mereka akan bermain bersama-sama, bercerita, berjenaka dan bergurau dengan rakan sebaya mereka.
PERINGKAT KANAK-KANAK (7-12 TAHUN)
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah pun memasuki sekolah rendah. Penguasaan perbendaharaan kata telah meningkat, telah menunjukkan penguasaan dan sebutan bahasa yang betul atau ‘standard’. Mereka boleh melahirkan sesuatu pendapat melalui aktiviti lisan dan penulisan iaitu dalam bentuk ayat yang ringkas.
Menurut Chomsky (1969), semasa berada dalam darjah tiga. Kanak-kanak sekurang-kurangnya memperoleh sebanyak 30000 perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata ini akan bertambah melalui pembacaan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga pergaulan harian iaitu termasuk di rumah dan juga di sekolah. Kanak-kanak tidak lagi menumpukan pada diri sendiri ketika menceritakan sesuatu.sebaliknya, mereka mula mengambil tahu tentang hal orang lain dan menceritakannya.
Kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun, kebanyakkannya sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan seterusnya dapat membuat satu karangan pendek apabila diminta oleh guru.
PERINGKAT AWAL REMAJA
Menurut Piaget, perkembangan mental remaja berada pada peringkat operasi formal. Mereka sudah mampu menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak. Mereka juga boleh membentuk hipotesis serta mengaplikasikan prinsip-prinsip dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah perlulah mencabar serta mendorongkan.
PERINGKAT AWAL REMAJA (12-15 TAHUN)
Perkembangan bahasa praremaja peringkat ini pada mulanya mencapai tahap yang baik iaitu mereka dapat menguasai gaya dan berbagai-bagai struktur ayat. Penguasaan ini disebabkan mereka banyak membaca berbagai-bagai bahan bacaan termasuk akhbar, majalah, buku-buku cerita dan juga buku-buku pelajaran.
Murid-murid Melayu di Malaysia yang tidak pemalu serta cergas biasanya dapat menunjukkan penguasaan dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Mereka yang bersekolah Arab pula boleh menguasai tiga bahasa, manakala murid-murid Cina boleh memahami dan bertutur dengan baik dalam tiga bahasa sekali gus iaitu Cina, Melayu dan Inggeris.
Menurut Saltz (1979), penguasaan bahasa yang tinggi membolehkan remaja berinteraksi dengan orang dewasa serta bertukar-tukar pendapat. Ini memudahkan remaja menyelesaikan masalah sama ada konkrit mahupun abstrak.
PERINGKAT REMAJA (15-20 TAHUN)
Peringkat remaja merupakan satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat dewasa. Ia merupakan satu kumpulan anak muda yang berusia di antara 15 hingga 20 tahun. Sesetengah golongan remaja menganggap mereka tidak boleh lagi diperbudakkan kerana telah menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Kematangan tersebut menyebabkan mereka ingin mendapatkan kebebasan yang sebanyak mungkin tanpa pengawasan dan seterusnya menunjukkan keidentitian yang tersendiri. Apa yang membimbangkan ibu bapa dan masyarakat ialah golongan remaja sama ada yang sedang bersekolah atau tidak bersekolah, sudah mulai menyedari tentang perkembangan mental-emosi mereka dan mental-emosi orang lain.
Justeru itu, mereka sentiasa ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Konflik dalam diri inilah menyebabkan kehidupan golongan remaja penuh dengan kegelisahan dan juga cabaran. Diri individu berkenaan yang memainkan peranan dalam membentuk identiti diri mereka. Sama ada ke arah kebaikkan mahu pun keburukan
Mengikut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat kajian tentang bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain. Tetapi bidang psikologi adalah ilmu yang memahami diri mereka sendiri, membantu individu memperbaiki diri sendiri supaya dapat mencapai matlamat atau cita-cita mereka dalam norma-norma kehidupan seharian.
Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa banyak faedah kepada guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan mencapai objektif matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Antara faedah utama yang dapat membantu dan membentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamatnya.
Guru juga perlulah menyediakan objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan hendaklah yang bermakna dan menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti yang dirancang sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Aktiviti senaman yang dirancang perlulah sesuai dengan perkembangan individu murid. Contohnya seperti berlari, melompat, menendang dan sebagainya.
Dalam pada itu, menyusun dan mempertingkatkan isi pelajaran agar mudah difahami oleh murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap masing-masing. Sama ada tahap rendah, sederhana ataupun baik. Kefahaman yang berkesan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar diri setiap murid bersedia dengan ilmu di dada dalam melangkah dan menghadapi masa akan datang.
Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga hendaklah menarik minat perhatian murid. Murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti yang dilakukan. Rakan sebaya banyak menyokong dalam aktiviti yang dilakukan terutama aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan berkongsi aktiviti sesama mereka dan melakukannya dengan rela hati dan bergembira. Sebagai contoh bermain bola sepak, bola jaring, tarian dan sebagainya.
Seterusnya menyediakan pelajaran yang bermula daripada yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada yang umum kepada khusus dan sebagainya. Sesuatu proses pelajaran adalah berperingkat-peringkat mengikut setiap bab atau silibus subjek yang akan diajar. Ini dapat membantu kepada kefahaman murid, penghayatan murid, penghafalan murid dan berikutnya pengamalan murid dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh subjek agama, sains, pendidikan moral, pendidikan jasmani dan sebagainya.
Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid dengan pelajaran yang menarik serta bermakna terutamanya kepada diri murid juga dalam kehidupan mereka. Peranan guru memberi input yang berguna dan membantu perkembangan murid. Sebagai contoh cara-cara menggosok gigi. Hendaklah menggunakan berus gigi yang masih elok untuk digunakan. Menggunakan ubat gigi yang bagus kandungannya. Dan menggosok gigi dengan cara yang betul dan teratur. Tidak terlalu ganas dan menyakitkan. Hal ini membantu kepada kebersihan mulut, keyakinan diri, mengelak penyakit mulut, gusi atau gigi, dan berdikari.
Justeru itu, melakukan penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar dengan pelbagai aspek perkembangan murid. Ini dapat mengetahui di mana tahap pencapaian seseorang murid ataupun maklum balas daripada mereka sama ada apa yang disampaikan atau diajar diterima dengan baik ataupun tidak.
Dalam masa yang sama, meningkatkan ingatan murid kerana pembelajaran adalah efektif dengan aras perkembangan mental mereka. Guru akan memberi nasihat dan peringatan melalui penekanan dalam menyedarkan diri murid betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan kehidupan mereka. Guru perlulah meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi perbincangan, soal jawab, rumusan dan sebagainya.
Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Peranan ibubapa dirumah juga diharapkan dan digalakkan dalam membimbing proses pembelajaran. Ini kerana ibubapa adalah orang yang paling hampir dan memahami keperluan mereka.
Guru sebagai tunggak utama membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan.
Perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri perubahan dalam kehidupan seharian mereka . Perkembangan dan pertumbuhan akan seiring mengikut usia mereka.
Bahasa telah didefinasikan oleh Wilhelm Von Humboldt yang merupakan seorang ahli psikologi berbangsa Jerman sebagai satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh lautform yakni bentuk luaran dan fikiran yang dibentuk oleh idenform yakni bentuk dalaman. Sementara itu, John B. Carol melihat bahasa dari sudut linguistik.
Menurut beliau, bahasa adalah sistem berstruktur daripada bunyi-bunyi vokal dan urutan bunyi-bunyi yang dipakai sewenang-wenangnya atau digunakan untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. Menurut Chomsky lagi, bahasa adalah sejumlah kalimat yang terbatas. Setiap kalimat tadi mempunyai panjang yang terbatas dan terdiri daripada unsur-unsur yang terbatas pula jumlahnya.
PERINGKAT KANAK-KANAK
Mengikut Naapie Mat (1992), kanak-kanak di peringkat awal usianya memperoleh bahasa ibundanya dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Pada mulanya bayi memperoleh bahasa melalui tangisan dan sebutan yang ringkas seperti ‘ma’, ‘da’, ‘bah’, ‘pa’, dan sebagainya.
PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK (2-6 TAHUN)
Menurut Vygotsky, pada umur 2 tahun, ayat yang dituturkan hanya terdiri daripada dua perkataan sahaja. Ini akan berlipat ganda sebanyak dua kali ketika mencapai umur 3 tahun. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas pula boleh dikatakan sudah berupaya menyusun suku kata yang ringkas iaitu berdasarkan keperluan diri mereka atau yang biasa didengar.
Selepas itu, perkembangan bahasa kanak-kanak akan bertambah baik apabila mereka banyak melibatkan diri dengan rakan sebaya dan memberi perhatian yang serius kepada orang yang sedang bercakap seperti ibu bapa mereka, guru, adik beradik dan sebagainya.
Menurut Brown & Chapman (1981), semasa kanak-kanak berusia 4 tahun perbendaharaan kata semakin meningkat iaitu lebih daripada 1000 perkataan. Kanak-kanak yang menduduki kelas tadika biasanya berupaya mendengar dengan teliti apa yang diajar oleh guru dan boleh menceritakan semula jika disuruh.
Menurut Garney (1975), kanak-kanak yang berusia 5 hingaa 6 tahun, sudah boleh menyusun kata-kata dengan betul apabila bersama-sama dengan kumpulan rakan sebayanya. Mereka akan bermain bersama-sama, bercerita, berjenaka dan bergurau dengan rakan sebaya mereka.
PERINGKAT KANAK-KANAK (7-12 TAHUN)
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah pun memasuki sekolah rendah. Penguasaan perbendaharaan kata telah meningkat, telah menunjukkan penguasaan dan sebutan bahasa yang betul atau ‘standard’. Mereka boleh melahirkan sesuatu pendapat melalui aktiviti lisan dan penulisan iaitu dalam bentuk ayat yang ringkas.
Menurut Chomsky (1969), semasa berada dalam darjah tiga. Kanak-kanak sekurang-kurangnya memperoleh sebanyak 30000 perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata ini akan bertambah melalui pembacaan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga pergaulan harian iaitu termasuk di rumah dan juga di sekolah. Kanak-kanak tidak lagi menumpukan pada diri sendiri ketika menceritakan sesuatu.sebaliknya, mereka mula mengambil tahu tentang hal orang lain dan menceritakannya.
Kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun, kebanyakkannya sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan seterusnya dapat membuat satu karangan pendek apabila diminta oleh guru.
PERINGKAT AWAL REMAJA
Menurut Piaget, perkembangan mental remaja berada pada peringkat operasi formal. Mereka sudah mampu menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak. Mereka juga boleh membentuk hipotesis serta mengaplikasikan prinsip-prinsip dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah perlulah mencabar serta mendorongkan.
PERINGKAT AWAL REMAJA (12-15 TAHUN)
Perkembangan bahasa praremaja peringkat ini pada mulanya mencapai tahap yang baik iaitu mereka dapat menguasai gaya dan berbagai-bagai struktur ayat. Penguasaan ini disebabkan mereka banyak membaca berbagai-bagai bahan bacaan termasuk akhbar, majalah, buku-buku cerita dan juga buku-buku pelajaran.
Murid-murid Melayu di Malaysia yang tidak pemalu serta cergas biasanya dapat menunjukkan penguasaan dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Mereka yang bersekolah Arab pula boleh menguasai tiga bahasa, manakala murid-murid Cina boleh memahami dan bertutur dengan baik dalam tiga bahasa sekali gus iaitu Cina, Melayu dan Inggeris.
Menurut Saltz (1979), penguasaan bahasa yang tinggi membolehkan remaja berinteraksi dengan orang dewasa serta bertukar-tukar pendapat. Ini memudahkan remaja menyelesaikan masalah sama ada konkrit mahupun abstrak.
PERINGKAT REMAJA (15-20 TAHUN)
Peringkat remaja merupakan satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat dewasa. Ia merupakan satu kumpulan anak muda yang berusia di antara 15 hingga 20 tahun. Sesetengah golongan remaja menganggap mereka tidak boleh lagi diperbudakkan kerana telah menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Kematangan tersebut menyebabkan mereka ingin mendapatkan kebebasan yang sebanyak mungkin tanpa pengawasan dan seterusnya menunjukkan keidentitian yang tersendiri. Apa yang membimbangkan ibu bapa dan masyarakat ialah golongan remaja sama ada yang sedang bersekolah atau tidak bersekolah, sudah mulai menyedari tentang perkembangan mental-emosi mereka dan mental-emosi orang lain.
Justeru itu, mereka sentiasa ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Konflik dalam diri inilah menyebabkan kehidupan golongan remaja penuh dengan kegelisahan dan juga cabaran. Diri individu berkenaan yang memainkan peranan dalam membentuk identiti diri mereka. Sama ada ke arah kebaikkan mahu pun keburukan.
No comments:
Post a Comment