Wednesday, 12 September 2012

Latihan Litar


KAEDAH LATIHAN DAN KECERGASAN FIZIKAL
PISMPPJ SEMESTER SATU 2009

LATIHAN LITAR

Latihan litar merupakan satu daripada sistem latihan yang paling versetile bagi kesesuaian fizikal. Latihan ini diperkenalkan pada tahun 1953 oleh Morgan & Adamson di Universiti of Leeds, England. Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu program latihan yang  melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan
dalam jangka masa yang ditetapkan. Satu litar yang telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti yang dirancang. Latihan ini adalah sejenis latihan dimana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar. Morgan dan Adamson (1961), telah mengenalpasti bahawa pelaksanaan latihan litar ini adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot, dan kardiovaskular, kelembutan, ketangkasan, kordinasi dan kederasan.

Objektif:

1.                  Untuk meningkatkan daya tahan otot.
2.                  Untuk meningkatkan daya  tahan kardiovaskular
3.                  Untuk meningkatkan dan melatih keupayaan aerobik dan anerobik.
4.                  Unutk meningkatkan kederasan mobiliti dan kuasa.

Sistem Tenaga: 

1.                  ATP-PC (lebih dominan)
2.                  Laktik Asid- Oksigen


Prinsip-Prinsip Latihan Litar

Prinsip-prinsip latihan litar adalah berdasarkan peningkatan beban kerja (overload principe). Ini dapat dilakukan melalui :

a.                   Kawalan intensiti latihan
b.                  Meningkatkan secara beransur-ansur jumlah ulangan
c.                   Menambahkan bilangan set
d.                  Meningkatkan jangka masa aktiviti.

Kekerapan Latihan

1.                  2 kali seminggu untuk 4 minggu awal
2.                  1 kali seminggu untuk 4 minggu akhir



Aktiviti-aktiviti  yang di cadangkan dalam latihan Litar

STESEN
AKTIVITI
Kesan
Kompenen Kecergasan           Otot-oto
1
Lari Ulang-alik
Ketangkasan dan Kekuatan Kaki
Quadriceps
Gastronemius

2
Kilas Pinggang
Kelenturan Badan
Internal dan External Oblique

3
Burpee
Kardiovaskular dan Kekuatan Kaki
Quardiceps
Gluteus Maximus
Iiiopsoas

4
Bangkit Tubi
Dayatahan Abdomen
Abdominis
IIiopsoas

5
Tekan Tubi
Kekuatan Lengan
Triceps
Anterior Deltiod
Pectrolis Major

6
Anjal Bangku
Kardiovaskular dan Kekuatan Kaki
Quadriceps
Gastrocnemius
Gluteus Maximus

7
Lentik Belakang
Kelenturan Belakang Badan
Erector Spinae


8
Forearm Curl
Kekuatan Lengan
Biceps
Brachialis




Contoh: Latihan Litar


LATIHAN LITAR
Prosedur
I
Bahagikan peserta kepada 2 kumpulan, A dan B
Kumpulan A: melakukan aktiviti
Kumpulan B: Membantu dan Merekodkan kepuasan.

ii
Setiap pasangan peserta bermula dari stesen yang berlainan

iii
Peserta bergerak dari stesen ke stesen mengikut arah pusingan jam

iv
Wisel dibunyikan untuk memulakan dan menamatkan setiap aktiviti di stesen

V
Aktiviti di setiap stesen dilakukan dengan usaha maksimum
Selama 30 saat.

Vi
Masa rehat antara stesen:
Minggu 1-6 = 60 saat
Minggu 7-8 = 30 saat

Vii
Rekodkan bilangan ulangan bagi setiap aktiviti dalam kad skor yang disediakan

viii
Setelah tamat 1 set latihan litar, peserta dikehendaki menukar peranan.

Masa Aktiviti setiap stesen
                                  30 saat

                                  30 saat              
                             
                                   3 set

Masa rehat Antara stesen

Set

No comments:

Post a Comment