IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN
ü Perhubungan antara ransangan dengan gerak balas kerap berlaku dalam situasi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah.
ü Tingkah laku murid kadang-kadang berusul daripada ikatan R-G dan kesan daripada pertalian dan peneguhan.
1. Perhubungan : Pembelajaran melalui pertalian
v Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku apabila perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain.
v Melalui kaedah pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang lain, satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang berkaitan.
v Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain (gerak balas) dapat diingatkan.
v Proses perhubungan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut :
(a) Pengulangan
o Memadankan ransangan dengan gerak balas yang betul secara berulang-ulang dapat menghasilkan pembelajaran.
o Contohnya :
Ransangan | Gerak balas |
Sifir seperti 4 X 6 Ibu kota Malaysia ialah Daun hijau mengandungi | 24 Kuala Lumpur klorofil |
(b) Stereotaip
o Pembelajaran boleh menghasilkan kesan kukuh pada diri seseorang untuk membuat sesuatu atau menginterpretasikan sesuatu perkara.
o Misalnya, cara menyimpan alat selepas digunakan; atau cara menyelesaikan masalah matematik yang sama jenis.
o Contohnya : x + 4 = 8, jadi x = 8 – 4 = 4.
o Seterusnya dapat menyelesaikan 2y – 2 = 6.
2. Pelaziman klasik : Menghasilkan gerak balas automatik dengan ransangan baru
v Manusia dan haiwan dapat belajar cara untuk bergerak balas secara automatik terhadap ransangan yang dahulunya tidak memberi kesan kepadanya.
v Contoh proses pembelajaran ini termasuklah gerak balas emosi seperti takut dan seronok serta gerak balas fisiologi seperti ketegangan otot.
v Gerak balas luar kawal ini boleh dipelajari dan menjadi suatu kebiasaan supaya ia akan berlaku secara automatik dalam situasi tertentu.
v Misalnya, jika seseorang pelajar itu selalu memperolehi pencapaian cemerlang di sekolah, dia akan sentiasa mempunyai keyakinan menghadapi tugas pembelajaran yang baru.
v Begitu juga murid-murid yang berjaya dalam algebra akan lebih bersedia dan lebih yakin untuk mencuba trigonometri.
Teknik berdasarkan pelaziman klasik ini dapat digunakan untuk membantu murid dalam proses pembelajaran dan mengatasi situasi yang menakutkan. Ini dapat dilaksanakan seperti berikut :
(a) Pencegahan
o Untuk mencegah perkembangan tindak balas emosi yang negatif dalam situasi sekolah, guru haruslah menghubungkaitkan ransangan positif dengan pengalaman di sekolah.
o Misalnya, mewujudkan suasana yang selesa dan menarik dalam bilik darjah dan sekolah.
o Guru juga harus menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan pembelajaran.
(b) Pemulihan
o Apabila seseorang mengalami perasaan takut atau bimbang terhadap sesuatu aspek sekolah, prinsip pemusnahan boleh digunakan untuk menghapuskan perasaan negatif itu.
o Cara ini boleh menggalakkan pelajar menghadapi situasi masalah tersebut tetapi guru haruslah memastikan perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.
o Misalnya, jika seorang pelajar takut untuk memegang cacing tanah, pelajar itu hendaklah menyentuh cacing itu sekiranya guru pasti tindakan itu tidak akan menimbulkan kesan yang negatif.
o Selepas beberapa kali menyentuh cacing, pelajar itu akan berani memegang cacing apabila perasaan takut itu dapat dihapuskan.
(c) Penghapusan beransur
o Kadangkala perasaan takut yang dialami oleh pelajar tidak dapat dihapuskan dengan serta-merta kerana pelajar tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
o Kebimbangan ini akan terus mengganggu pembelajaran pelajar itu menyebabkan masalah yang dihadapi bertambah berat.
o Satu cara menyelesaikan masalah itu ialah dengan menghapuskan perasaan takut secara beransur-ansur.
o Misalnya, sekiranya seorang murid itu takut menghadapi ujian, guru bolehlah memberikan pelajar ini tugas ringkas, kuiz kumpulan, soalan pendek dan aktiviti penilaian dalam kumpulan kecil.
o Apabila pelajar itu telah bersedia dan merasa yakin barulah dia disuruh menjalani uijian.
Pelaziman klasik memberi garis panduan bagi proses pengajaran dan pembelajaran seperti berikut :
ü Menghubungkaitkan perkara-perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan pembelajaran.
ü Menggalakkan pelajar berdamping dengan situasi yang menakutkan sekiranya tindakan itu tidak menimbulkan hasil yang negatif.
ü Sekiranya perasaan takut yang dialami murid mencapai tahap yang serius, rangkakan langkah-langkah kecil untuk menyelesaikan secara beransur-ansur.
ü Membantu murid membezakan keadaan yang dapat menyebabkan sesuatu tingkah laku sesuai atau tidak sesuai.
3. Pelaziman operan : Mencuba gerak balas baru
v Tingkah laku (apa jua pergerakan) tindakan sengaja yang semakin bertambah kekerapannya disebut “operan”.
v Pelaziman operan pula merupakan satu proses pembelajaran yang melibatkan tingkah laku tindakan sengaja itu diulang pada masa hadapan.
v Misalnya, seorang pelajar akan lebih rajin membuat sesuatu tugasan sekiranya kegiatan ini dapat menghasilkan ganjaran atau pujian.
R A N S A N G A N | Peneguhan / denda | Kesan | |
Tingkah Laku Digalakkan | Tingkah Laku Ditumpaskan | ||
Disampaikan | Peneguhan positif Contoh : Diberi ganjaran | Penyampaian denda Contoh : Merotan | |
Dilucutkan | Peneguhan negatif Contoh : Dikecualikan daripada membuat latihan | Perlucutan denda Contoh : Tidak dibenarkan menonton televisyen selama seminggu |
Jadual : Peneguhan dan Denda
o Tingkah laku juga boleh dipengaruhi oleh kata petua sebelum ia berlaku.
o Petua ialah tindakan memberi ransangan sebelum sesuatu tingkah laku berlaku dengan tujuan untuk memperolehi corak tingkah laku itu.
o Dalam pembelajaran bilik darjah, guru boleh mengingatkan murid dengan kata petua seperti “untuk menyelesaikan masalah ini, sila rujuk kepada .....”.
o Apabila murid melakukan tingkah laku yang sesuai dengan berpandukan petua itu, guru hendaklah memberi peneguhan ke atas pencapaian murid untuk menggalakkan pembelajaran lanjutan.
Rumusan Pelaziman Operan
ü Pastikan peneguhan diberikan bagi tingkah laku positif dalam bilik darjah.
ü Berikan peneguhan yang banyak semasa mewujudkan tingkah laku yang baru.
ü Selepas tingkah laku baru diwujudkan teruskan memberi peneguhan untuk memelihara kesinambungan tingkah laku itu.
ü Gunakan petua untuk membina tingkah laku baru.
No comments:
Post a Comment